Maklumat Sekolah

SEJARAH


PERMULAAN.
Sebelum sekolah ini didirikan, murid-murid yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini bersekolah di sebuah bangunan yang dipinjam daripada Sekolah Menengah Anderson, Ipoh yang mana sekolah ini dipanggil pada ketika itu Sekolah Melayu Cator Avanue. Sekola ini digunakan dari tahun 1946 hingga 1953.

PEMINDAHAN.
Oleh kerana bangunan ini dikehendaki semula oleh pihak Sekolah Menengah Anderson, dan murid-muridnya pula bertambah dari tahun ke setahun, maka Jabatan Pelajaran Perak mendirikan sebuah bangunan baru yang ada sekarang ini di Fair Park, bagi keperluan murid-murid yang tinggal berhampiran dengan kawasan ini.

PERASMIAN SEKOLAH.
Pada bulan April 1953, sekolah ini dibuka setelah murid-murid dan guru-guru beserta alat kelengkapan di sekolah lama dipindahkan. Pada masa perasmian sekolah ini diadakan, pameran yang mempamerkan kerajinan tangan oleh ibu bapa dan murid-murid, pameran seni lukis dan juga nejis-jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sekolah ini dinamakan SEKOLAH PEREMPUAN PEARL GARDEN, FAIR PARK, IPOH, dimana murid-muridnya dikhaskan kepada murid-murid perempuan sahaja.

GURU BESAR.
Guru Besar yang pertama bertugak di sekolah ini ialah Allahyarhamah Puan Hafsah Bt Baki, dengan dibantu oleh 11 orang guru termasuk seorang guru Bahasa Inggeris dan 2 orang guru Urusan Rumah Tangga, dengan 300 orang murid.

Pada tahun 1954, Allahyarhamah Puan Hafsah bt Baki telah ditukarkan. Beliau digantikan pula oleh Puan Hajah Embun bt Mohd Ali. Pada masa beliaulah nama sekolah ini ditukarkan pula kepada SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN SERI KEPAYANG, memandangkan nama asalnya tidak sesuai lagi.

BANGUNAN TAMBAHAN.
Pada tahun 1993, Bangunan baru 1 blok dan kantin baru didirikan dan dapat digunakan bagi menampung lebih 400 orang murid. Bangunan 1 blok itu mengandungi sebuah bilik Pusat Sumber, Bilik Radio / TV, Bilik Gerakan, Tandas Guru dan murid, kelas-kelas bagi tahun 1,4,5 dan 6, Bilik Moral, Bilik Guru dan Pejabat Sekolah. Sebuah kantin baru lengkap dengan perabut yang baru didirikan dimana ia dapat menampung lebih 400 orang murid.

COGANKATA SEKOLAH

'ILMU SULUH HIDUP'
Memberi pengertian bahawa ilmu yang dituntut itulah yang bakal menerangi kehidupan seseorang di hari kemudian. Jika tiada berilmu diumpamakan seperti seseorang itu akan berjalan di dalam gelap. Hanya dengan ilmu pelajaran yang dituntut, akan mencerahkan masa depan seseorang.